Wednesday, August 3, 2011

Diet utk puasa?...

Baru 3 hari posa kan...so petikan ni dicopy & sesuai utk makluman semua....

"Pemilihan makanan semasa bersahur dan berbuka penting kerana ia akan memberikan kesan terhadap peningkatan atau penurunan berat badan.

Untuk bersahur, disarankan mengambil makanan yang dihadamkan secara perlahan termasuklah makanan yang mengandungi fiber. Ini kerana makanan ini dapat bertahan selama lebih kurang lapan jam dan ini dapat mengurangkan rasa lapar selepas bersahur sehingga waktu berbuka.

Makanan yang dihadamkan secara perlahan adalah makanan atau produk bijirin dan bijian seperti barli, gandum, oat, sekoi, tepung suji, tepung penuh mil, kacang dan kekacang, nasi perang dan sebagainya (dikenali sebagai karbohidrat kompleks).

Makanan yang cepat di hadam dapat bertahan 4 jam sahaja, seperti, makanan yang mengandungi gula, gula putih dan sebagainya (dipanggil karbohidrat ringkas) seperti kuih manis, minuman sirap, kordial dan minuman tin."

So kitorg mmg le bersahur like dinner & berbuka like 'hi-tea' je...ekek unless gi buffet laa (masa bila nak gi ntah!) ekek

Tp paling best tahun nih posa sbb ade budak dah rasa die beso & she req to joining us berposa...tadaaaaa



Mmg x byk ragam la esp nak bgn mkn sahur..& sblm mlm nak tdo musti ingtkan suh kejutkan die sahur...alhamdulillah ;)
hopefully die bleh posa sampai abis ramadhan..xdpt full half pun sudah memadai utk 1st yr trial kan..insyaallah

- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Post a Comment