Tuesday, October 18, 2011

Resepi kacang pool..

Nak share menu fofular kat jb area nih...siapa xpernah rasa mmg patut kene rasa lah sbb skali rasa mmg akan nak mkn lg dan lg..hihi so kekdahnya mmg tiap kali balik jb nih antara menu yg kitorg x miss laa..mmg sentaps sbb original menu frm arab..tp kalo balik jb kacang pool hj nih bleh dpt kat balai bomba larkin & wisma nun...

Rupa sahsiahnya sbnrnya mcm nih...








Yg nih gambo dlm koleksi waktu menapau suatu ketika balik jb..tp alkisah nak dpt kat kl nih mmg ler susahkan...+ ade rest jual kcg pool nih area damansara, tp manjang dah 2x kitorg gi tutup! So fedup laa..lst2 godek2 en goog carik resepi maka try sendiri buat...

1st attempt..alhamdulillah menjadi! So pasni xyah tunggu balik jb laaa kat umah sndiri dah bleh mkn..hihi mmg senang je..sbbnya die mkn ngn roti yg dibakar with butter...
Taraaaaa......








Bahan-bahan: (anggaran mkn bg 3-4 org)
300gm daging kisar
1 tin kacang peace
1 biji bawang besar Holland
4 ulas bawang putih
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan masin
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 1/2 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan rempah beriani (Beriani Sharifah adalah yang terbaik)

Bahan hirisan:
Hirisan bawang merah, cili hijau, cili merah secukupnya
1 biji telur goreng mata
Roti bakar yang disapu butter

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan(serbuk2 rempah-bancuh terlebih dahulu hingga sebati) hingga naik bau.
2. Selepas itu masukkan bawang yang dicincang tadi dan kemudian daging kisar. Goreng hingga daging berderai.
3. Selepas itu masukkan kacang dan sosnya. Kacau rata.
4. Masukkan air secukupnya
5. Masukkan garam, gula dan perasa (3rasa) secukupnya. Kacau sentiasa dan pastikan tidak hangus. Sedia untuk dihidangkan dengan roti bakar disapu butter.

- Posted using BlogPress from my iPad



No comments:

Post a Comment